Wednesday, May 03, 2006

Bulan May dah menjelma....tak lama lagi akan muncul sayap2 baru di udara. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, penantian yang dinanti semakin merunsingkan... Adakah kerana udara yang tercemar atau air yang penuh dengan 'toksin'....?

Regulation 27(1) Komunikasi dan Multimedia (Teknikal Standard) Regulation 2000 menyebut bahawa "no person shall undertake or conduct any activity in designated skill area unless that person is certified"...
( tidak dibenarkan seseorang itu menjalankan atau melakukan sebarang aktiviti yang berhubung dengan kepakaran di dalam bidang ini sehingga telah ditauliahkan"....)

Dengan penyataan ini, diharap semakin ramai menyedari mengapa kita perlu menghampiri golongan SWAL yang ada dan mengapa perlu adanya pengawasan dari pemegang 'callsign' yang ada.....mendidik lebih utama dari mengajar....tetapi adakalanya perlu di'budayakan' supaya tidak berlaku perkara2 yang tersasar dari amalan warga 'amatur radio....

Dari mana datangnya SWAL kalau bukan dari pemegang 'callsign' yang ada...Pemegang callsign juga terdiri dari berbagai peringkat....dari penjual sampailah pengguna...Kalau mahu yang terbaik, sama-samalah kita hormati prinsip ini...."melentur buluh biar dari rebungnya, mendidik SWAL biar dari QSOnya"....

88 de' WAKAF