Tuesday, May 16, 2006

Pantun Berkias...

Burung puyuh burung taktibau,
Terbang tinggi si burung bayan;
Di dalam kilat ada kilau,
Rupanya awan mengandung hujan.

(Maksud : orang yang berpura2 baik tetapi ada niat yang tidak baik)

Tinggi sungguh Gunung Daik,
Mercunya nampak terang berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

(Maksud : orang yang baik sentiasa diterima walau dimana sahaja)

Dari halaman web 'anna abadi'

Salam ketemu semula buat rakan2...bukan pantun yang menjadi ukuran, tapi maksud yang tersirat yang yang ingin di'highlight' kan. Berkawan biar seribu, musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak....mudah sekali adat manusiadi dalam komuniti masyarakat. Jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak...dalam bermasyarakat mesti juga ada yang bergerak di luar batasan norma berkawan. Bagai enau dalam belukar....di dalam komuniti yang sekecil ini pun, kita tidak dapat menghalang atau menyuruh seseorang dari tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan komuniti yang ada...

Asam di darat ikan di laut.....manusia mudah lupa bahawa suatu masa nanti mereka akan kembali semula ke kelompok masyarakat yang ada....setinggi mana kita berada, bersila juga kita akhirnya....bila dapat memandang bulan, jangan lupa rumput di bumi...kemana kita pergi sekalipun, kalau budi pekerti tidak dijaga, tetap akan menjadi peringatan kepada orang. Benda yang busuk bukan boleh disimpan lama-lama, akhirnya pecah juga akhirnya. Bukan dipecahkan orang tapi diri sendiri yang menjadi 'taruhan'. Kalau berjudi dengan 'nasib', itulah akhir kesudahannya. Telah menjadi nukilan lipatan sejarah, kalau tidak bergerak tulang empat kerat, jangan di harap 'rezeki datang menggolek...kalau hidup mencari musuh, jangan diharap nasi di pinggan penuh berlauk... hehe... nak makan tak sempat ler...