Monday, June 05, 2006


Masing2 sibuk dengan aktiviti...Puteri Gunung Ledang merajuk lagi. Dah beberapa kali hantaran dihantar tapi nampaknya semua tak menjadi. Tok Bendahara pun dah pening memikir apa yang tak kena. Ramai pendekar2 telah dijemput untuk berbincang mencari kata putus. Kudrat yang ada seakan tak mampu untuk ditanggung lagi....mungkin tapak pemerintahan terpaksa dipindah. Dari wilayah darat ke wilayah laut pulak....Maka orang 'darat' terpaksa lah mencari kayu api baru buat nyalaan si unggun api. Baranya sudah ada, tinggal kayu api saja yg belum ketemu jodohnya....insyaallah, kalau sudah mendapat kayunya, orang 'darat' akan terus ke udara sampai ke Puncak Genting...
Agak sukar untuk membuat pemancaran ke Ledang dari wilayah Segamat pada ketika ini...setelah beberapa kali dibaikpulih, nampak Ledang masih belum pulih sepenuhnya...Rakan2 pun banyak mengeluh, 'handy' pun dah habis dipakai untuk tuan puteri....tinggal 'rig' aje yang belum dihantar.....mungkin Ledang terpaksa dirombak semula alatannya sebelum keadaan menjadi semakin teruk....Kalau perlu diganti semula, baik diganti semula sebelum kosnya jadi lebih 'parah'......

73 jumpa lagi....