Tuesday, June 20, 2006

Rindu di hati tak siapa yang tahu....

Sampan kotak mengapa dikayuh,
Hendak belayar ke tanah seberang,
Patah kepak bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah ditengah gelanggang.

Belek pun sudah, mengaji pun sudah. Cuma keputusan sahaja yang belum ada...Tak lama lagi ramailah rakan2 ku akan muncul dengan pelbagai pesawat masing2. Terbangnya seperti camar di lautan....

Orang menyeberang gunakan titi,
Titi dibuat tinggi di atas,
Dalam telur lagikan dinanti,
Inikan pula sudah menetas....

Tak sabar rasanya menghitung hari. Gerangan apakah yang muncul di langit. Nak ku jawab belum pasti adanya nanti. Dalam hati sabar jer lah nanti.....hehe

Puteri yang rupawan pun dah tak 'merajuk' lagi. Mungkin sudah berpunya di hati. Kanda di 'Pulai' tak jemu menanti. Terubat sudah rindu di hati....

ermmm....Sekadar gurauan di senja hari. Maksud nya terkandung di diri sendiri. Janganlah gusar kepada kami. Tak hari ini, esok kita jumpa lagi....hehe

Salam kekeluargaan kami sekeluarga, dah sampai jengok-2 lah ke sini. Bulan 8 dah hampir kini, buah 'duri' jadi 'rezeki'....

73 salam ceria.