Sunday, September 10, 2006

Hormat-menghormati...

9M2TJO Yang Mulia Tengku Jalil ( ditengah )
orang lama @ 'elmers' yang sering membantu rakan-rakan baru di wilayah selatan.
HORMAT-MENGHORMATI
Rasanya semakin menghampiri era milenium, semakin terhakis 'budaya hormat' di kalangan yang tua atau 'elder' di kalangan masyarakat. Dari kanak-kanaknya hinggalah dewasanya...mungkin tidak diajar di sekolah.
Jika dulu, pantang bersua dengan yg tua, sudah pasti dua tangan akan dihulur tanda penghormatan. Baik yang tua maupun yang muda, itulah budaya hidup masyarakat Malaysia dulunya...Bahasa yang dituturkan juga sedap didengar dengan nada suara yang lembut dan teratur. Tiada pengucapan bahasa yang kurang enak didengar. Tiada penggunaan bahasa rojak yang bercelaru dengan istilah-istilah yang tiada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kalau berselisih, sudah pasti akan bertegur sapa...
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Mungkin akan kembali semula suasana yang sebegitu sekiranya semua golongan kembali menghayati nilai-nilai murni....walaupun tiada lagi pelita tanah di malam hari, walaupun tiada lagi suara kanak-kanak berjalan beringan pulang dari madrasah...walaupun tiada lagi anak-anak bermain buloh bedil dengan buah terung hutan...
Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.
Akhir kata,
Si Anna membeli ginseng,
Singgah di pasar mencari kari;
Jangan di ikut budaya samseng,
Kelak menyesal di kemudian hari.
73...dan 88
Jumpa lagi.