Wednesday, September 12, 2007

NOTIS PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2007

Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat atau pejabat wilayah SKMM atau melalui laman web SKMM di www.mcmc.gov.my. atau terus ke laman web mcmc disini http://www.mcmc.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=54780216&winrid=97024174

Peperiksaan RAE akan diadakan pada hari Rabu, 28 November 2007. Bagi rakan2 yang berminat untuk menjadi pengguna radio amator di Segamat, anda boleh mendapatkan borang tersebut dari 9W2WMC atau 9W2FND di Wakaf Radio Amator Segamat.

1. Sebelum anda menghantar borang tersebut, sila pastikan anda menulis perkataan
"RAE 2007-2" di sudut atas kiri sampul surat anda.

2. Yuran sebanyak RM50.00 perlu dijelaskan melalui WANG POS, KIRIMAN WANG atau DRAF BANK secara berasingan dan dibayar kepada :
"SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA".
( Tulis sepenuhnya dan JANGAN gunakan singkatan nama seperti SKMM ).

3. Sertakan bayaran berasingan bagi setiap borang permohonan yang dihantar.

4. Tarikh tutup permohonan ialah 29 September 2007.


Selamat mengambil peperiksaan RAE 2007...


73 dan jumpa di frenkuensi..