Nukilan rasa dari rakan2 di WAKAF RADIO AMATOR Segamat....buat rakan2 baru dan lama...budi dan jasa tak akan dilupa.
Nukilan 1...
Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam disangkar disambar helang
Dari Jawa ke Bangkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
Akar nibung meresap-resap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
Terbakar hati siapa yang tahu.
Nukilan 2...
Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli
Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda
Nukilan 3...
Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya ?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa
Nukilan akhir....
Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek di tanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Handaklah baik bicara budi...
Sekian, salam dari saya 9W2FND selaku moderator di sini...
Mewakili rakan2 yang terdiri dari 9W2WMC, 9W2CAZ, 9W2MJN, 9W2TCK, 9W2CMC, 9W2CDJ, 9W2MOR, 9W2UKM, 9W2HSM serta komuniti RADIO AMATOR di Segamat mengucapkan "Selamat menjalani ibadah berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri minal aidzin wal faidzin"....