Wednesday, March 04, 2009

CERITA BIASA D TAHUN 2009

Agak sibuk kebelakangan ini dengan aktiviti-aktiviti rutin di tempat kerja. Rakan-rakan dari 'Wakaf' agak jarang-jarang kedengaran di 'udara' kerana kesibukan kerja. Ramai yang sekadar 'monitor' saja di frenkuensi.
Buat pengetahuan, repeater linking ASTRA Segamat-Genting belum beroperasi sepenuhnya. Ini kerana kekangan tugas, masa dan 'dana'....Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan sebelum 'ia' beroperasi sepenuhnya...Insyaallah, dengan semangat rakan-rakan yang 'setia', perkara tersebut tidak mustahil dilakukan.
Banyak kisah-kisah menarik berlaku sepanjang Januari hingga Mac 2009. Umpama cermin yang pecah tapi dicantum semula....Tak mungkin sama seperti dulu. Jatuh-bangun kami di 'Wakaf' seperti 'nasi ditabur pasir'....Nak makan kena lah dikais-kais dulu, kalau tidak 'punah' pulak gigi yang ada...hehe.

Kupetik nukilan blog 'Wakaf' bertarikh 10 September 2006;

Kalau berselisih, sudah pasti akan bertegur sapa...

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Mungkin akan kembali semula suasana yang sebegitu sekiranya semua golongan kembali menghayati nilai-nilai murni....walaupun tiada lagi pelita tanah di malam hari, walaupun tiada lagi suara kanak-kanak berjalan beringan pulang dari madrasah...walaupun tiada lagi anak-anak bermain buloh bedil dengan buah terung hutan...

Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.
Akhir kata,
Si Anna membeli ginseng,
Singgah di pasar mencari kari;
Jangan di ikut budaya samseng,
Kelak menyesal di kemudian hari.

Dari nukilan blog wakaf 2006....sengaja dimuatkan untuk tatapan kerana ada yang bertanya.
Akhir kata, salam hormat dari kami di "Wakaf Amator Radio Segamat".
73....88 dan jumpa lagi.