Friday, June 05, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS EYEBALL BERSAMA RAKAN2 UTARA / TIMUR /TENGAH / N9 / MLK

Di jemput kepada semua peminat-peminat radio amatur yang bercallsign dan swal-swal di dalam Daerah Segamat supaya hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini yang julung-julung kalinya di adakan di selatan Johor.

Tarikh : 07.06.09 ( ahad )
Qth : Pusat ko-kurikulum ( cawangan segamat ) bersebelahan Sek Dato Bentara Dalam Segamat.
Ketibaan konvoi : Dijangka 11.00 pagi
Kekuatan konvoi : 70 jalopy

Jemputan ini terbuka kepada semua rakan-rakan yang menyertai mana-mana persatuan radio amatur di Malaysia ataupun rakan-rakan dari kelab radio komersial. Inilah masa dan ketikanya kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Di sini juga saya membuka peluang kepada mana-mana rakan Daerah Segamat yang berminat untuk menyertai terus konvoi ini ke parit raja Batu pahat, sila berhubung dengan 9w2imn untuk urusan pengesahan sebelum 07.06.09.

Bagi rakan-rakan yang berkelapangan di jemput hadir pada 06.06.09 ( sabtu ) untuk majlis gotong royong


Ucapan tahniah juga di ucapkan kepada 9w2zxz ( saudara azam~Timbalan pengurus Astra Johor ) di atas kelahiran harmonic yl pada 04.05.09 jam 12.30pm di Hospital Sultanah Aminah Johot Bahru.

73.

Salam hormat penuh takzim dari :
9w2imn
Setiausaha konvoi Utara / Timur ke Selatan Daerah Segamat / Selatan.