Thursday, August 03, 2006

APA ITU AMATUR RADIO...amateur radio

Merdeka...merdeka...merdeka. Sudah 49 tahun Tanah Melayu ini merdeka dari penjajahan kuasa asing. But just only the external....mindanya masih lagi mencari identiti sendiri.
9M4RSG juga tak terkecuali dari arus ledakan minda. Dari semasa ke semasa, proses peningkatan 'taraf' repeater sering dilakukan oleh rakan2 dengan idea dan teknologi yang 'mampu' sebagai status 'amatur'....ermm, apa itu 'amatur' ??

Amatur @ amateur didefinasikan sebagai " a person who takes part in a sport or an activity for pleasure, not for money as a job....seseorang yang mengambil bahagian di dalam sukan atau apa2 aktiviti semata-mata untuk keseronokan, bukan mengharapkan imbuhan wang atau sebagai sumber pekerjaan....definasi lainnya ialah "without skill or experience"...tak professional ataupun 'tak pandai' kalau ikut cakap melayu....hehe.

Jadi, amatur radio ialah semata-mata sebagai satu hobi buat mereka yang inginkan keseronokan berkomunikasi dan bertukar-tukar pengetahuan di antara rakan yang mempunyai minat yang sama. Disamping mendapat ramai rakan dari pelbagai kaum, para pengguna radio amatur lebih pantas mendapat berita yang 'segar' setiap hari bermula dari laporan info cuaca hinggalah suasana musim 'buah-buahan' di setiap daerah. Dengan pengetahuan teknikal yang 'asas sudah membolehkan seseorang itu menjalankan ujikaji berkaitan pancaran gelombang dengan menggunakan radas2 yang dibenarkan....mahal lagi radas2 tersebut dari talipon mudah-alih terkini.....hehe.

Jadi, pilihannya berbagai-bagai.....menjadi seorang professional di dalam dunia 'amatur' walaupun di klasifikasikan sebagai "without skil or experience".....hehe

73 salam manis.....