Sunday, February 18, 2007

BANTUAN KEMANUSIAN MANGSA BANJIR KE ENDAU JOHOR

Barangan keperluan harian untuk 40 orang keluarga yang akan dihantar ke Kampung Sungai Padang, Endau, Johor.


Penyerahan barangan dengan disaksikan oleh Penghulu Mukim Endau oleh 9W2WMC.

Barangan yang diturunkan di lokasi terpilih untuk diedarkan terus kepada mangsa banjir.



Rumah salah seorang mangsa banjir di Kg. Sungai Padang, Endau.
Berbual dengan salah seorang mangsa banjir yang kehilangan semua harta-benda.

Keadaan rumah mangsa banjir selepas berlakunya bencana banjir.

Kenderaan berpelekat ADEC Segamat sebanyak 6 buah Perodua Kancil digunakan untuk mengangkut barangan keperluan mangsa banjir ke Endau.

PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ENDAU, JOHOR.
Selepas banjir surut di negeri Johor, rakan-rakan Segamat telah memulakan kutipan derma sesama sendiri untuk digunakan bagi membeli sejumlah barangan keperluan harian. Melalui peninjauan oleh rakan di Endau, terdapat beberapa orang mangsa banjir yang telah tercicir ketika penyerahan bantuan banjir. Barangan-barangan tersebut telah dimuatkan ke dalam 6 buah kenderaan Perodua Kancil berpelekat ADEC dan 6 orang pemandu digunakan tanpa gantian. Rakan yang terlibat ialah 9W2WMC, 9W2CAZ, 9W2CMC, 9W2MJN, 9W2SGT dan 9W2FND.
Jam 10.00 pagi 1 Februari 2007, konvoi bertolak dari Wakaf Amator Radio Segamat menuju ke Endau menggunakan laluan Segamat-Muazzam.Dibenarkan melepasi sekatan lalulintas JPJ di sempadan Johor-Pahang tanpa masalah.
Jam 12.00 tengahari, melepasi Bandar Muazzam Syah menuju ke persimpangan Leban Condong, Rompin.
Jam 1.30 tengahari, singgah di Bandar Rompin untuk makan tengahari dan sesi 'eyeball' bersama 9W2TOU @ Tok Uban, pegawai di Balai Bomba Rompin. Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Endau bersama beliau.

Jam 2.30 petang, konvoi sampai di destinasi Kg. Sungai Padang, Endau, Johor. Selepas meninjau keadaan sekeliling dan rumah mangsa-mangsa banjir di situ, konvoi menurunkan barangan yang dibawa. Penyerahan barangan telah dilakukan oleh 9W2WMC kepada wakil penduduk dengan disaksikan oleh Penghulu Mukim Endau.

Jam 3.30 petang, konvoi bergerak untuk pulang ke Segamat dari Endau.
Jam 6.00 petang, konvoi singgah di Bandar Muazzam Syah untuk sesi 'teh tarik roti canai'. Selepas selesai dengan 'urusan' yang tertangguh, konvoi meneruskan perjalanan selepas solat Maghrib.
Jam 9.00 malam 1 Februari 2007, konvoi beserta pemandu selamat sampai ke Segamat.
Segala perbelanjaan untuk makan dan minyak sepanjang perjalanan dikeluarkan sendiri dari 'duit poket' oleh rakan2 yang berkonvoi diatas prinsip 'beramal'.
Rakan2 mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua rakan2 Segamat terutama sekali kepada 9W2STC pak Soh Teck Chuan di atas sumbangan beliau yg tidak terhingga sehingga pagi konvoi akan bertolak menuju ke Endau.
Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang-penyumbang derma dari kami di 9M4RSG. Budi dan bakti kekal dalam ingatan.
73 dan 88 dari Wakaf Amator Radio Segamat..