Thursday, March 01, 2007

SUMBANGAN DARI HANKYU CONGO PENANG DAN FUJISASH PENANG


Penyerahan sumbangan dari kakitangan HANKYU CONGO dan keluarga FUJISASH (M) SDN. BHD oleh wakil ASTRA merangkap Pengurus ASTRA Negeri Selangor kepada Pengurus ASTRA Negeri Johor.

Sebahagian dari sumbangan barangan yang diterima

Operasi menurunkan barangan sumbangan yang dibawa ke lokasi
Wakaf Amator Radio Segamat

Rakan yang terlibat ketika penghantaran barangan sumbangan dari
kawasan Tengah

dah turun barang baru teringat nak pakai baju...hehe

Pertemuan Dr. Khairuddin dengan rakan2 di Wakaf Amator Radio Segamat.
Dari kiri 9W2YR pak Yop de' Selangor ,
9M2KMA Dr. Khairuiddin de' Muazzam, 9W2MJN Cikgu Md. Jan de' Segamat

9W2YR pak Yop di 'shack' Wakaf Amator Radio Segamat

dari kiri 9W2CCC pak Isman de' Selangor,
9W2VOL pak Kamal de' Selangor

9W2VOL pak Kamal de' Selangor

9W2BDZ pak Badzli de' Selangor

Jamuan 'ubi kayu rebus' sambal bilis ikan kering untuk rakan2.

Pengagihan barangan kepada 25 kelompok keluarga


Sejuta penghargaan kepada kakitangan HANKYU CONGO PENANG dan keluarga FUJISASH (M) SDN.BHD PENANG diatas sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Johor. Segala sumbangan yang diterima telah disalurkan kepada 25 keluarga mangsa banjir di daerah Segamat. Pemilihan keluarga tersebut berdasarkan pemantauan ketika lawatan rumah ke rumah selepas bencana banjir yang ke 2 di Segamat.

Sebanyak 100 buah keluarga telah dilawati hasil pemerhatian. Dari jumlah tersebut, sebanyak 25 buah keluarga telah dikenal-pasti untuk menerima bantuan hasil dari 'soal-selidik' yang dijalankan. Barangan yang diterima telah dibahagikan kepada 25 kelompok keluarga dan diserahkan terus melalui rakan2 radio di Segamat.

Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah bermurah hati menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir di selatan tanahair baru-baru ini. Sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kesengsaraan yang dialami selepas 'trauma' dengan kejadian banjir yang dialami tersebut.

"There is no happiness in having or in getting, but only in giving"

Tiada kegembiraan dalam pemilikan atau perolehan, tetapi hanya dalam pemberian.


Henry Drummond
Terima kasih sekali lagi...

73 dan 88 dari rakan2
9M4RSG...Repeater Segamat