Tuesday, February 06, 2007

XPDC KEMANUSIAAN DI SELATAN JOHOR

Jam 3.13 petang 13 Jan 2007 ketika banjir ke 2 bermula..Kunjungan 9W2SGE pak Zakaria, 9W2SMF pak Fadzil dan 9W2RDY pak Roedy bertemu rakan2 Segamat di rumah SWAL Yaacob.

Jam 8.47 malam 19 Jan 2007, sebahagian barangan keperluan harian yang akan dihantar kepada rakan2 yg mengalami musibah banjir di Batu Pahat, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Jam 11.47 malam 19 Jan 2007, Sebahagian barangan yang telah dimasukkan ke dalam kotak.

Jam 10.00 pagi 20 Jan 2007 di perkarangan wakaf..operasi pemunggahan barang ke dalam 2 buah kenderaan pacuan 4 roda yg akan bergabung dengan konvoi dari Utara dan Selangor.


Jam 2.00 petang 20 Jan 2007..Sebahagian barangan yang diturunkan di Pusat Penempatan Banjir di Beloreh, Batu Pahat...hujan renyai2 dan kadang-kala lebat ketika operasi menurunkan barang tidak melemahkan semangat rakan2....lebih-lebih lagi selepas jamuan nasi 'talam'..hehe

Bergambar ramai2 sebagai kenangan dengan wakil dari pusat penempatan banjir di Beloreh, Batu Pahat.

Pakaian yang disumbangkan untuk rakan2 yang menjadi mangsa banjir di Batu Pahat, Johor.

Wakil dari Ibupejabat CANON di Kuala Lumpur yang turut bersama2 'turun padang' untuk menilai bantuan yang akan disumbangkan kepada mangsa2 banjir di Batu Pahat.

Jam 3.08 petang 20 Jan 2007...Sebahagian jalan di Batu Pahat menuju ke Air Hitam via Kluang via Kota Tinggi yang masih digenangi air.

Jam 8.57 malam 20 Jan 2007...9W2RIS Haji Rais bersama SWAL dari Kota Tinggi ketika sampai di QTH 9W2PIE.

Jam 9.00 malam 20 Jan 2007 di QTH 9W2PIE pak Ahmad Supiee b. Yadi, rakan yang menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi..Beliau bagi pihak rakan2 yg menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi mengucapkan jutaan ribuan terima kasih di atas ingatan rakan2 radio amator terhadap mangsa2 banjir di Johor.

9W2PIE pak Ahmad Supiee b. Yadi ketika menerima panggilan 'loceng terbang' dari 9W2YR selaku Pengurus ADECS negeri Selangor.


Jam 9.07 malam 20 Jan 2007 ketika sesi 'kenangan' di QTH 9W2PIE...maaf kerana kualiti gambar yang kurang memuaskan.... cerah sangat !! ...hehe


Renungan...

"Friendship improves happiness and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief"

Persahabatan akan meningkatkan kegembiraan, meredakan kesengsaraan, dengan menggandakan keseronokan dan membahagikan kedukaan.

Joseph Addison

Terima kasih rakan2 radio amator semua di atas keprihatinan anda terhadap 'musibah' yang melanda selatan tanahair baru-baru ini. Bukan 'wang ringgit' yang menjadi ukuran tetapi 'budi bahasa' yang menjadi ingatan...

QRU 73 dari 9M4RSG...