Wednesday, July 25, 2007

AKTIVITI DARI SGMT

Tahniah buat rakan2 yang baru lulus dan mendapat 'sayap' untuk terbang di udara. Anda kini bebas untuk 'terbang' kemana sahaja di dalam frenkuensi yang dibenarkan. Semoga dengan kejayaan anda akan menjadi rangsangan kepada rakan2 yang lain untuk mengikuti jejak anda menjadi pengendali radio amator. Tahniah sekali lagi....

Majlis Ulangtahun ASTRA ke 10 akan berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2007 di kediaman 9M2RR pak Rahim di Tanjung Piandang, Perak. Rakan2 Segamat yang ingin turut serta ke Tg. Piandang boleh menghubungi 9W2WMC pak Fuad untuk keterangan lanjut. Sehubungan dengan itu, seorang rakan 9W2AMK pak Edham ( berumur lebih kurang 60 tahun ) bersama pak Shahidan akan berbasikal menjelajah Semenanjung sempena ulangtahun ASTRA dan Kemerdekaan Malaysia ke 50.

Jadual perjalanan boleh di dapati di bawah.

4.8.07 - Pelepasan – Dari Kediaman 9M2RR Abd Rahim b Abd Rahman, Tg Piandang, Pk.

- Tiba di Kuala Kangsar. Bermalam.

5.8.07 - Kuala Kangsar – Sabak . Bermalam.

6.8.07 - Sekincan – Kuala Lumpur. Bermalam.

7.8.07 - Kuala Lumpur – Port Dickson. Bermalam.

8.8.07 - Port Dickson – Melaka. Bermalam.

9.8.07 - Melaka – Batu Pahat. Bermalam.

10.8.07- Batu Pahat – Kulai. Bermalam.

11.8.07- Kulai – Mawai. Bermalam.

12.8.07- Mawai – Mersing. Bermalam.

13.8.07- Mersing – Nenasi. Bermalam.

14.8.07- Nenasi – Kuantan. Bermalam.

15.8.07- Kuantan – Kertih. Bermalam.

16.8.07- Kertih – Rantau Abang. Bermalam.

17.8.07- Rantau Abang – Kg Mecang. Bermalam.

18.8.07- Kg Mecang – Pasir Puteh. Bermalam.

19.8.07- Pasir Puteh – Jeli. Bermalam.

20.8.07- Jeli – Bersia. Bermalam.

21.8.07- Bersia – Sik. Bermalam.

22.8.07- Sik – Kangar. Bermalam.

23.8.07- Kangar – Sungai Patani. Bermalam.

24.8.07- Sungai Patani – Kulim.

Jarak 1942 km. Tempoh masa lebih kurang 24 hari.
Frenquensi simplex ialah 145.400 Mhz...Tel : 012 572 9493 ( 9W2AMK )

Kepada rakan2 radio amator di JOHOR yang ingin menyediakan tempat penginapan kepada pak Edham dan rombongan boleh berhubung dengan 9W2WMC pak Fuad di 017-745 8873 atau 9W2FND pak Fandi di 019-450 5929.

Segamat juga telah menerima 2 tetamu dari luar iaitu 9W2NEY pak Zainal de' Perak dan 9W6BF pak Bahari de' Sabah. Buat pengetahuan rakan2, 9W6BF pak Bahari adalah pengasas kepada penubuhan Kelab Radio Amator SMK Sanzac di Kota Kinabalu. Beliau sekarang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jemaah Nazir negeri Sabah. Selamat datang sekali lagi kepada 9W2NEY dan 9W6BF ke Segamat.

73 dan jumpa lagi....