Saturday, October 17, 2020

9M4RSG berwajah baru...2020

 


Assalammualaikum dan salam kontak 2020...

Dah lama tak blogging di laman ini...
Hari ini terpanggil semula utk mencoretkan
semula perjalanan 9M4RSG...

Setelah lebih 10 tahun 9M4RSG ditinggalkan kepada rakan2 baru untuk menguruskan,
kali ini dibawa kembali pulang ke pengurusan asal.

Masing2 dah lama mengundurkan diri
disebabkan kesibukan tugas dan hobi baru.
Bila diminta dan diserahkan
sisa barang yg ada pada 9M4RSG, 
hati tak dapat menolak....

Lokasi asal ialah di Bangunan Maybank bandar Segamat...
selepas Maybank berpindah, bangunan tersebut dibiarkan tanpa kawalan...

Pengurusan ketika itu mengambil keputusan utk memindahkan
repeater ke Felda Medoi bagi memudahkan kawalan keselamatan.
Dari Felda Medoi, dipindahkan sekali lagi ke Felda Kemelah.

Disebabkan timbul beberapa masalah, rakan lama yg ada mengambil keputusan utk menutup repeater tersebut. Dalam proses tersebut, banyak barang yg telah dihilangkan....

Jadi....bermula lah semula proses membina sebuah repeater baru homebrew
bagi kegunaan rakan2 radio yg ada.

Cavity lama dihantar utk talaan baru.
Antena baru ditambah....
Radio sumbangan rakan2 digunakan sementara
menanti radio baru yg sesuai sampai.

Alhamdulillah, rakan2 lama yg ada masih seperti dulu...
Tidak lokek dgn alatan dan wang ringgit....

Seperti mana 9M4RSG ini bermula menapak,
begitu juga semangat rakan2 lama ini...
Dari zero to hero....

Demi minat, wang ringgit bukan nilaian persahabatan...
Bukan keuntungan yg dicari bila berjinak dengan radio amator ini....

Benar kata orang lama... 

"jangan main radio kalau takde duit....jangan berkira dgn alat yg disumbangkan..."

Bersahabat di ruang udara...
Bukan musuh yang dicari....

Salam 73...jumpa dan jumpa lagi.