Sunday, August 27, 2006

Radio Amatur atau Walkie-Talkie....

Kunjungan 9M2ARR pak Rahim dari Jasin ke Wakaf Amatur Radio Segamat

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! ke 49...

Berminat dengan radio amatur atau walkie-talkie....? Dua perkara yang begitu jauh bezanya...hobi atau minat ? Ramai yang berminat ingin mengetahui mengenai walkie-talkie.....atau ingin mengenali radio amatur ? Dunia yang tidak asing lagi di Malaysia....dari pengguna tow-trucks sampailah pacuan 4 roda....tetapi masih sukar untuk mendapatkan info mengenainya dari pengguna yang sebenar....amatur radio.

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda, Amatur Radio ialah dikategorikan sebagai pengguna radio yang telah berlesen. Untuk mereka yang menjalankan urusan seperti trak tunda, mereka ini dikategorikan sebagai pengguna lesen komersil bagi yg memohon lesen. Bayaran untuk kedua-dua kategori ini adalah berbeza....Pengguna Amatur Radio cuma membayar sebanyak RM24 setahun berbanding pengguna Lesen Komersil iaitu RM2000 (lebihkurang)...

Frenkuensi yang digunakan juga berbeza diantara Radio Amatur dan Radio Komersil ....Pengguna radio amatur tertakluk kepada frenkuensi tertentu untuk mengelakkan gangguan kepada lain-lain pengguna. Anda juga tidak boleh mengakses frenkuensi yang digunakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerana setiap pemancaran anda sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sama seperti anda menggunakan 'internet', setiap kali anda berlayar atau 'surf' di internet, perjalanan anda telah direkod dan diawasi oleh pihak berkuasa....

Diingatkan juga, denda sekiranya anda tertangkap didapati memiliki radio komunikasi tanpa lesen ialah sebanyak RM500,000.00 ringgit atau 5 tahun penjara atau kedua-dua sekali.
Denda juga dikenakan sekiranya kelengkapan radio tersebut mendatangkan gangguan kepada umum....dendanya sebanyak RM300,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebagai jalan terbaiknya, berjumpalah dengan rakan-rakan2 atau mana-mana pengguna radio amatur yang berlesen supaya anda mendapat pemahaman yang jelas mengenai hobi ini...Jangan malu untuk bertanya kepada mereka. Dimana sahaja anda berjumpa dengan kenderaan yang mempunyai antena berkedudukan menegak 90 darjah ke atas sepanjang 1 meter atau lebih atau kurang dan mempunyai kelengkapan radio, mereka ini adalah pengguna radio amatur samada sudah berlesen atau sudah menduduki peperiksaan RAE.

Pengguna radio amatur yang berlesen lebih ramai kawan berbanding dengan yang belum memohon lesen kerana jarak liputan yang jauh dan banyak rangkaian jaluran....lebih mudah mendapat informasi semasa dari pengguna yang lain berbanding mereka yang belum berlesen.

Alatan yang digunakan terdiri dari radio yang boleh dibawa (walkie-talkie ) atau set radio didalam kereta. Terpulanglah kepada duit seluar anda sendiri. Jangan dinilai kecil atau besar barangan tersebut kerana sesetengah 'handy' yang dipakai lebih mahal dari 'mobile rig' didalam kereta...Setiap alatan yang digunakan akan di'tuning' atau dibuat pelarasan supaya tidak mendatangkan kerosakan kepada alatan tersebut sendiri. Ini untuk mendapatkan 'setting' yang terbaik dan menjamin ketahanan alatan tersebut....kalau banyak duit tak ada masalah, hehe.


Jumpa lagi di lain masa...

73 ( best regard atau ucapan terima kasih dlm bahasa radio)

Salam manis....cherioo