Wednesday, January 24, 2007

Kesan Banjir Besar di Segamat

Jam 5.38 petang pada 20 Disember 2006..Pemandangan ke lokasi laluan jambatan 2 dan traffic-light Kg. Abdullah via Kg. Jawa via Medoi.
Jam 5.39 petang 20 Disember 2006...Sebilangan mangsa yang cuba menuju ke kediaman masing2 yg telah ditenggelami air....Perhubungan masih lagi sukar dengan laluan berarus...

Jam 10.19 pada 21 Disember 2006 selepas banjir surut di dalam bandar Segamat.

Jam 10.19 pagi 21 Disember 2006..Jalan utama di dalam bandar Segamat sudah boleh dilalui oleh pejalan kaki.

Jam 10.26 pagi 21 Disember 2006..Bila dah surut, baru nampak bas yg terbalik...ketika banjir, cuma nampak kanvas lori sahaja.

Kat iklan TV3, nampak tayar sahaja...gambar ini diambil selepas air banjir surut di bandar Segamat....lokasi di antara laluan menuju jambatan ke 2 dan traffic-light Kg. Abdullah..Gambar diambil pada jam 3.04 petang 22 Disember 2006.

Baru seminggu keluar dari bilik show-room...dah kena masuk bengkel pulak... Diseret arus banjir ketika cuba merentasi laluan.

Jam 10.11 pagi 21 Disember 2006 selepas air surut di dalam bandar...Pasaraya yg paling hampir dengan Sungai Segamat Bandar dan rendah dari aras jalan raya masih ditenggelami air...Akibatnya, pasaraya ini dimasuki orang setelah barang2 dilihat terapung di sekitarnya.

Rakan yang bertugas ketika banjir besar di Segamat......9W2MJN Cikgu Md. Jan dan 9W2MOR pak Norjaini

9W2TCK pak Tan dan 9W2CMC pak Faisal bersama antena ZL Special "homebrew" dan radio handy-talkie ketika banjir.


Suasana Masjid Besar Kg. Jawa setinggi 2 tingkat dan Masjid Lama Kg. Jawa di sebelahnya...Pagar di masjid lama runtuh ketika air banjir naik sehingga tingkat 1 masjid baru. Mangsa2 yg berlindung di dalam masjid baru terpaksa naik ke tingkat atas bangunan masjid pada malam kejadian banjir 19 Disember 2006...Keadaan bahagian dalam masjid lama tidak terjejas langsung berbanding masjid baru Kg. Jawa yang terpaksa di basuh semula...Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Yang buruk tak semestinya 'rosak' dan yang baru tak semestinya 'sempurna'........"An occasioanal misfortune is a good thing. It reminds us that no one has absolute independence."....Kadangkala malapetaka yang menimpa adalah baik. Kerana ianya mengingatkan kita bahawa tiada seorang pun yang dapat hidup bebas sepenuhnya.....

"A home-made friend wears longer than one you buy in the market."...Seorang kawan 'buatan-sendiri' akan mampu bertahan lebih lama berbanding dengan kawan yang anda 'beli' dari pasar..... Austin O'Malley

Renungan dari 9M4RSG...73 & 88